Jun 7, 2011

sekurang-kurangnya

aku selalu terfikir,
untung jadi perempuan yang kurang cantik,
kurang dari segi gaya moden duniawi neh,
sekurang-kurangnya lelaki yang kekal setia dengan dia betul cari cantik kat hati.
betul nampak kecantikan perempuan tu yang tersendiri.

dan untung jadi mat motor,
walaupun panas hujan tanpa bumbung,
mampu bertayar dua bukan empat,
sekurang-kurangnya perempuan yang kasihkan dia betul tertawan dengan kaya cintanya.

dengan zaman yang makin aneh neh,
lelaki pandang rupa semata,
perempuan pandang wang kalau boleh nak berjuta,
sekurang-kurangnya biarlah ada yang mahu kekal dengan kita kan?

-wani-